Sunday 28 July 2013

Fungsi Vitamin E Complex Shaklee


Vitamin E Complex 
Vitamin E Shaklee mengandungi d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate dan dilengkapkan lagi dengan Selenium

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, anda perlu tukar kepada jenama Shaklee ni sebab ada extra selenium.. rugi tau kalau beli vitamin E kat luar tanpa selenium.



Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


Apa kebaikan Vitamin E Shaklee ni???


-mencegah penuaan,
-nak hilangkan parut jerawat,
-nak kurangkan jerawat,
-nak bagi hilang eyebag (lebam bawah mata tu), 
-untuk alahan kulit,
-untuk baik pulih luka dalaman (contoh luka beranak operation/pembedahan)
-meningkatkan kesuburan lelaki dengan menghasilkan sperma yang berkualiti

-untuk rambut yang sihat dan lebat
-juga dikenali sebagai vitamin seks ( meningkatkan keinginan, rangsangan dan ereksi)
- mencegah alzheimer (nyanyuk)

Memiliki kulit yang sihat dan cantik dambaan setiap wanita. Bukan wanita sahaja, malah lelaki juga begitu dan setiap peringkat umur mahukan kulit yang cantik bermula seawal remaja. Untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat dan cantik sangat perlu bermula dari dalaman. Segelintir orang lebih mementingkan penjagaan luaran sahaja. x susah, make up tebal sket dah nampak cantikkan. tapi sebenarnya kulit kite perlu sihat dan cantik dari dalam melalui apa yang kite makan. Salah satu keperluan kulit ialah Vitamin E.  Gabungan Vitamin E, Vitamin C dan Bcomplex adalah set lengkap untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan kulit wajah. Sama ada jerawat, jeragat, kulit kusam, tona x sekata. 

sesiapa yang nk mencuba boleh pm saya
azwani
019-7775895
964034

Saturday 27 July 2013

Vivix Shaklee



Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  



Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.



Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Apa manfaat vivix secara khusus?

Polygonum Cuspidatum 
- Mengurangkan inflamasi
- Menghalang oksidasi akibat kolesterol jahat (LDL Cholesterol)
- Menyekat pengembangan sel kanser (antikanser)
- Melindungi sel saraf dari musnah dan menghalang alzheimer
- Mencegah dan mengatasi diabetes
- Mencegah tekanan darah tinggi

Anggur Muscadine

- antioksidan untuk kulit
- Menyihatkan dan mencantikkan kulit dari dalam

European Elderberry
- Elderberry digunakan dalam melegakan 'flu' termasuklah H1N1, HIV/AIDS 
- Bertindak sebagai imune booster
- Melegakan kesakitan akibat sinus. back pain dan leg pain, nerve pain dan chronic fatigue
- Mengatasi masalah allergic, melawan kanser
- Membunuh virus
- Manfaat lain European Elderberry click sini

Lobak Ungu

- Antioksidan yang kuat melawan radikal bebas
- Antikanser
- Mengatasi masalah ketidakhadaman, masalah tonsil dan membunuh parasit
- Digunakan untuk merawat gigitan anjing dan sifilis
- Manfaat lobak ungu click sini

Vivix merupakan suplemen untuk kesihatan secara keseluruhan bersusuaian dengan harganya vivix tidak pernah mengecewakan. Cuba dulu pasti tertawan!

PM/SMS/Whatsapp azwani 019-7775895



Tuesday 23 July 2013

Shaklee Atasi Penyakit Psoriasis


Hari ni saya akan update sedikit tentang testimoni-testimoni pesakit psoriasis yang telah menggunakan suplemen Shaklee. Sebelum tu, saya nak betulkan terlebih dahulu persepsi ramai dikalangan pesakit psoriasis yang mengatakan Shaklee adalah 'ubat' psoriasis.

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisai melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Suplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation.  Link ini click di sini menyatakan Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E shaklee yg menagndungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sgt bernilai dan istimewa. kenapa??? Vitamin e shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 

Selenium yg terkandung dalam vitamin e
 membantu badan dengan:
-Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel. 
-Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:
-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) Bcomplex Shaklee terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee interferon semulajadi terbaik. Ketahui bagaimana nutriferon membantu psoriasis, anda boleh baca di entry sebelum ini. click di sini 

5) Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis. 

6) Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

Antara testimoni pesakit psoriasis yang mengamalkan suplemen shaklee: 




Bahagian kaki yang telah sembuh dr kuping dan kegatalan. parut beransur hilang







Bagi anda yang mengalami penyakit ini boleh pm saya untuk dptkan konsultasi dan tips mengawal penyakit ini. 
Azwani
Pm/ sms/ whatsapp 0197775895




Monday 22 July 2013

Psoriasis Penyakit Autoimun.


Satu juta menderita psoriasis



PSORIASIS sering membawa gejala kulit kepala mengelupas dan kelemumur (dua gambar atas), di samping luka kering pada kulit (gambar bawah, kiri) dan juga masalah artritis (gambar bawah, kanan).


PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Menurut data terkini, dianggarkan tiga hingga lima peratus daripada penduduk dunia menghidapi psoriasis. Ini juga bermakna terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang menderita penyakit ini.
Sering dianggap sebagai penyakit yang tidak boleh diubati, psoriasis merupakan penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit. Ia terjadi tanpa mengenal jantina. Ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur, walaupun kebiasaannya berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur di antara 15 hingga 25 tahun.
Punca
Punca sebenar psoriasis tidak diketahui, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik yang tinggi. Faktor-faktor yang menyebabkan psoriasis menjadi bertambah buruk termasuklah tekanan, pemberhentian pengambilan kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.
Tahap jangkitan psoriasis bermula dari tompok-tompok kecil di satu bahagian sehinggalah ke keseluruhan permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok-tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik. Ia merupakan bahagian-bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit yang berlebihan.
Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di kulit di bahagian siku dan lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuklah kulit kepala dan kemaluan. Luka radang boleh mengakibatkan kepedihan, kegatalan dan kelihatan hodoh. Malah, psoriasis menyerang fizikal dan emosi pesakit.
"Meskipun pelbagai kajian telah dijalankan mengenai kesan terhadap kualiti kehidupan pesakit, penyelesaian menyeluruh untuk mencegah kesan-kesan buruk penyakit tersebut yang mana ia masih kurang diutamakan dalam agenda kesihatan negara, terutamanya di kalangan negara-negara Asia", ujar Dr. Steven Chow, Setiausaha Agung, Liga Persatuan Dermatologi ASEAN (LADS), pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk membangunkan dan meningkatkan tahap kesihatan kulit di rantau Asean.
Gejala
Bergantung kepada tahap dan lokasi masalah psoriasis, individu kemungkinan mengalami ketidakselesaan dan kecacatan fizikal yang kecil atau besar. Kegatalan dan kesakitan boleh mengganggu fungsi asas seperti penjagaan diri, berjalan dan tidur.
Plak di tangan dan kaki boleh menghalang individu dari melakukan pekerjaan tertentu, menyertai aktiviti sukan, menjaga ahli keluarga ataupun rumah.
Plak di kulit kepala boleh menjadi satu perkara yang memalukan kerana kepingan bersisik boleh menjadi masalah kelemumur. Penjagaan perubatan kemungkinan mahal dan memerlukan banyak masa dan mengganggu aktiviti pekerjaan atau sekolah.
Individu yang mengalami psoriasis mungkin merasa malu mengenai diri mereka dan mempunyai rasa rendah diri bimbang dijauhi masyarakat atau kebimbangan mengenai psikoseksual. Masalah psikologi boleh menyebabkan kemurungan dan pengasingan sosial.
Ini disokong oleh kajian yang dilaksanakan oleh Yayasan Psoriasis Kebangsaan Amerika Syarikat, 2008 bersama 426 pesakit psoriasis, di mana 71 peratus daripada mereka menganggap penyakit ini merupakan masalah besar dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa sama, kajian berasingan melaporkan psoriasis juga memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan, terutamanya kepada 10 sehingga 30 peratus pesakit, yang juga mungkin mengalami artritis psoriatik.
Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit-penyakit kronik lain seperti kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis jenis 2. Pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek.
Kerjasama
"Oleh kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkannya, psoriasis akan terus menjadi masalah serius sehinggalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan-kerajaan memperakuinya sebagai satu penyakit serius dan menggandingkan sumber-sumber untuk menangani kelemahan dalam program kesedaran awam, diagnosis perubatan dan akses kepada rawatan serta rangkaian sokongan untuk berjuta-juta penduduk di Asia.
"Dengan kajian semasa, pemahaman lebih baik, rawatan dan panduan terkini, peluang untuk pencegahan awal dan mencegah kecacatan daripada artritis psoriatik serta mempertingkatkan penyembuhan keseluruhan para pesakit untuk seumur hidup, kini boleh dilaksanakan," kata Dr. Chow.
Dr. Chow juga menekankan bahawa pemacu kritikal untuk mempertingkatkan amalan dan rawatan kesedaran di seluruh Asia akan dilaksanakan dalam bentuk Pendaftaran Psoriasis serantau, bakal meningkat dan menyelaraskan penyelidikan, diagnosis dan rawatan.
"Ilmu adalah kuasa. Bayangkan kita mempunyai pangkalan data yang membolehkan kita mengkaji dan mengenalpasti strategi perantaraan Psoriasis terbaik untuk penduduk-penduduk Asia.
"Data tersebut akan mengambil kira pelbagai budaya, gaya hidup dan amalan pemakanan pilihan. Ini akan membantu kami memahami dengan lebih baik dan membangunkan program untuk disasarkan kepada keperluan dan kepentingan pesakit Asia," katanya.
Sebagai contohnya, Dr. Chow menyatakan tiada bukti sains bahawa modulasi pemakanan boleh menyembuhkan penyakit tersebut walaupun secara amnya penduduk Asia percaya bahawa makanan-makanan tertentu perlu dihindari.
Menurutnya lagi, terdapat kecenderungan pesakit di Asia yang mencari perubatan herba asli atau tradisional tempatan, yang berkemungkinan tidak berkesan malah menghalang proses penyembuhan. Kebanyakannya telah dibuktikan mempunyai kandungan steroid dan lain-lain bahan toksik yang berbahaya.
Perkongsian
"Perkongsian data dan maklumat menerusi pendaftaran serantau bukan sahaja menjadi langkah ke arah menyatukan pembangunan dan rawatan berkesan psoriasis di seluruh rantau ini malah ia juga akan membentuk asas untuk penyelidikan dan program pada masa hadapan bagi menangani psoriasis untuk para pesakit Asia."
Bagi menyelaraskan maklumat dan merangka pembangunan pendaftaran, Jawatankuasa LADS, yang diwakili oleh ketua-ketua masyarakat dermatologi kebangsaan ASEAN di samping lebih daripada 300 ahli dermatologi terkemuka di seluruh negara "Asean + 5" akan berkumpul di mesyuarat Satelit 2009 di Hanoi, Vietnam bermula dari 5 hingga 7 November, 2009.
"Pada pertemuan ini, para delegasi akan dapat berkongsi pengalaman mengenai rawatan terkini menggunakan bahan biologi dan mengkaji semula usaha dalam menambah baik modaliti rawatan terdahulu.
"Objektif utamanya adalah untuk membolehkan para doktor menggunakan rawatan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit individu menggunakan kombinasi inovatif perubatan sedia ada dan yang terkini," tambah Dr. Chow.
Mesyurat Satelit ini juga akan menyaksikan pelancaran Akademi Dermatologi dan Venereologi Asia ditubuhkan khas untuk pembangunan dermatologi Asia bagi alaf ini.
"Yang penting, usaha-usaha kami ini bermatlamat untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik buat para pesakit. Kami berharap sokongan kami akan memberi kesan yang baik di mana psoriasis akan diiiktiraf sebagai penyakit kronik penting dan sumber-sumber dan keutamaan diberikan terhadap rawatan oleh pihak-pihak kerajaan di rantau Asia."
Mitos
Seperti penyakit kulit yang lain, psoriasis jelas kelihatan oleh mata kasar. Bagi kebanyakan orang, reaksi semulajadi kita adalah kehairanan apakah puncanya, sama ada psoriasis ini berjangkit (sebenarnya ia tidak) atau sama ada mereka yang dijangkiti tidak menjaga kebersihan, mengalami masalah kemurungan dan kadang kala mereka yang dijangkiti dianggap sebagai balasan di atas kejahatan mereka.
Berikut merupakan mitos umum mengenai psioriasis:
Mitos 1: "Psoriasis berjangkit."
Fakta: Psoriasis, terutamanya dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok-tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan.
Walau bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan anda juga tidak boleh memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat dengan mereka.
Mitos 2: "Psoriasis hanyalah penyakit kulit. Satu masalah kosmetik."
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang tidak normal.
Sementara sel kulit biasa matang dalam masa 28 ke 30 hari dan ia gugur daripada permukaan kulit tanpa disedari, sel kulit psoriatik mengambil masa hanya 3 hingga 4 hari untuk matang dan timbul di permukaan kulit, menyebabkan sel-sel berlapis-lapis dan membentuk luka bersisik.
Luka psoriasis mengakibatkan kepedihan dan kegatalan, dan ia boleh pecah dan berdarah. Di antara 30 hingga 50 peratus daripada pesakit psoriasis menghidapi artritis psoriasis yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan pembengkakan pada dan sekitar sendi-sendi.
Keradangan kulit psoriasis boleh mengakibatkan masalah-masalah lain. Terdapat bukti-bukti yang semakin meningkat mengaitkannya dengan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, penyakit hati, kemurungan dan obesiti.
Mitoh 3: "Psoriasis hanya memberi kesan kepada pesakit secara fizikal sahaja."
Fakta: Selain daripada masalah fizikal akibat penyakit tersebut, terdapat juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit psoriasis. Mereka yang menghidapi psoriasis sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka.
Terdapat pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk mengalami tekanan sehingga ingin membunuh diri. Kebanyakan individu bertindak terhadap keadaan mereka dengan memakai pakaian untuk menyembunyikan penyakit mereka, mengehadkan aktiviti-aktiviti harian seperti berenang atau ke gim jika ia akan mengakibatkan renungan tajam daripada orang ramai ataupun komen negatif.
Pesakit psoriasis sering membandingkan disfungsi dan kecacatan mereka dengan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis atau penyakit jantung.
Mitos 4: "Psoriasis berpunca akibat tidak menjaga kebersihan."
Fakta: Psoriasis merupakan satu penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena mengena dengan tidak menjaga kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuklah jangkitan, tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti, pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.
Mitos 5: "Psoriasis boleh diubati"
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik, dialami seumur hidup. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya pada masa ini, tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia ada yang telah dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu mengawal simptom psoriasis.
Sehingga ubat bagi menyembuhkan psoriasis ditemui, kajian farmaseutikal akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak lagi rawatan yang lebih berkesan.
Kajian mengenai sistem imun badan telah menghasilkan ubat biologi baru yang menyasarkan punca keadaan tersebut.
Mitos 6: "Psoriasis mudah didiagnosis."
Fakta: Kebanyakan keadaan-keadaan yang memberi kesan kepada kulit kelihatan lebih kurang sama, sebagai contohnya simptom-simptom awal psoriasis, seperti kegatalan dan tompok-tompok merah, kelihatan sama seperti ekzema atau atopik dermatitis.
Ini kadang kala boleh menyebabkan penyakit ini susah didiagnosis. Adalah penting untuk berjumpa doktor yang boleh membuat ujian tertentu bagi membuat diagnosis yang betul.
Mitos 7: "Psoriasis tidak boleh diwarisi."
Fakta: Sementara kebanyakan pesakit tiada keturunan keluarga yang menghidapi psoriasis, terdapat hubungan genetik dengan anggarkan 40 hingga 60 peratus daripada pesakit dengan penyakit ini. Pelbagai kajian menunjukkan kecenderungan genetik, atau kecenderungan diwarisi, bagi pesakit-pesakit ini menghidap psoriasis.
Mempunyai kecenderungan genetik bagaimanapun tidak bermakna seorang individu akan mendapat penyakit tersebut. Faktor yang boleh mencetuskan penyakit ini adalah seperti kecederaan atau infeksi, mungkin bertindak dengan beberapa gen, atau corak keturunan spesifik gen, yang bertindakbalas menyebabkan psoriasis.
Artikel ini merupakan sumbangan Liga Persatuan Dermatologi ASEAN (LADS) sebagai sebahagian daripada program kesedaran sempena Hari Psoriasis Dunia, pada 29 Oktober, 2009 dan sempena Mesyuarat Satelit LADS 2009 di Hanoi Vietnam, bermula 5- 7 November 2009, bertemakan 'Psoriasis and Eczema, A Double Edged Challenge'.
LADS merupakan pertubuhan serantau dan diterajui oleh ketua-ketua kepada masyarakat dermatologi negara dari enam negara Asia untuk membangunkan tahap kesihatan dermatologi di Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asianderm.org; www.asianderm.org atau www.worldpsoriasisday.com


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz2ZnQTsRDu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 20 July 2013

PSORIASIS : Tips Mengawal dan Mengurangkannya

Bagi pesakit psoriasis, penderitaan dan kesengsaraannya hanya kami yang mengalami tahu bagaimana sakitnya. Walau psoriasis tidak berjangkit dan tidak berbahaya, namun keadaan kulit yang berkuping-kuping, kegatalan yang tidak dapat ditahan dengan rupa kulit yang hodoh memang memberi kesan kepada pesakit secara fizikal, mental dan sosial.

Bagi pesakit psoriasis, yang mengalamai simptom-simptom kegatalan, berkuping dan bersisik sudah tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini sebenarnya menambah kesan buruk kerana ia membuatkan pesakit psoriasis tertekan dan stress yang mana stress juga merupakan salah satu punca psoriasis menjadi lebih teruk.

Selain merawat psoriasis dengan cara yang pernah saya ceritakan click di sini, ada beberapa tips yang saya amalkan.

1) Berusaha mengawal stress, elakkan daripada bersedih dan murung. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang membuat anda gembira

2) Elakkan dalam keadaan atau cuaca yang panas terik

3) Mandi menggunakan sabun yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit. Kulit pesakit psoriasis harus sentiasa lembap. Saya menggunakan sabun Shokubutsu. Elak menggunakan sabun Detol.

4) Kawal pemakanan, biasakan makan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan makanan di luar kite tak tahu macam mana kan. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti ayam, daging, seafood, kecuali anda yang masak dengan membuang bahagian kulit-kulit dan lemak-lemak ayam dan daging.Elakkan belacan yang menyebabkan kegatalan.

5) Boleh amalkan lotion-lotion biasa yang terdapat di pasaran untuk melembapkan kulit seperti lotion johnson & jonhson, Bio oil, minyak zaitun tulen.

Saya harap anda dapat amalkan apa yang saya kongsikan di sini. Memang bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit psoriasi. Sabar dan selalulah berdoa agar disembuhkan dan mohon Allah yang Maha Penyembuh untuk menyembuhkan penyakit ini.

Bagi anda yang nak dapatkan konsultasi secara percuma atau berkongsi tentang pengalaman dan cerita psoriasis anda, tinggalkan komen anda di bawah atau whatsapp saya di 019-7775895


Kenapa Perlu Memilih Shaklee


Kenapa ramai sangat orang memilih suplemen shaklee sekarang ni? Salah satu sebab ialah keberkesanan 100%. Jika tidak, mana mungkin dah banyak testimoni yang dikeluarkan. sampai ada plak produk lain ambil testimoni penggna shaklee tempek jdik testimoni dia. haa.. x baik kan camtu.Hari ni saya nak bercerita secara ringkas sebab ramai sangat dah orang bertukar kepada shaklee..






1) Shaklee natural/semulajadi
-Tiada perisa tiruan
-Tiada pemanis tiruan
-Tiada pewarna atau lemak trans
-Tiada suapan tersembunyi
-Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
-Tidak mengandungi bahan yang dilarang
-Tidak mengandungi peluntur klorin

2) Shaklee suplemen yang selamat
- Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
-Potensi yang dijamin -----> pengesahan dari pihak ketiga
-Keaslian dijamin -----> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
-100% kepuasan dijamin

3) Shaklee berkesan
-USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
-70 kajian klinikal telah diterbitkan
-60 orang saintis Shaklee
-50 patents

Jom tukar suplemen anda kepada shaklee!
pm/sms/whatsapp azwani 019-7775895

Friday 19 July 2013

Garlic Complex Penawar Masalah Keputihan

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.



APAKAH MANFAAT GARLIC?
1. Bahan Allicin yang terkandung di dalam Garlic Complex ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza, batuk dan sebagainya

2. Meningkatkan sistem imun badan

3. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan Garlic sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

4. Bertindak sama seperti antibiotik

5. Sangat baik untuk mengatasi masalah keputihan akibat jangkitan viral yang boleh menyebabkan keguguran. 

6. Mampu mengurangkan simptom-simptom HIV

7. Kajian saintifik membuktikan Garlic meningkatkan bilangan sperma. Boleh dijadikan salah satu suplemen kesuburan

8. Garlic akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok serta mengawal kolesterol dalam badan

9. Sebagai alternatif kepada yang tidak mahu Vitamin E



TIPS PENGAMBILAN
1. 2 biji selepas makan. kanak-kanak 1/2 biji

2. Elakkan ambil ketika perut kosong, kerana garlic akan membantu perut merembeskan gastrik asid untuk menngkatkan pencernaan, jadi garlic elok untuk pencernaan dan masalah sembelit

3. Orang yang rendah HB elakkan garlic sebab garlic akan cairkan darah. Advantage untuk penghidap darah tinggi

Pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada Allisin dari Garlic Complex. Malah ia lebih hygeine lebih hygeine daripada jamu yang sesetengah penggunaanya dimasukkan melalui alat sulit. Malah ia lebih murah dan mudah.

PM/ SMS/WHATSAPP  
AZWANI 
019-7775895

Thursday 18 July 2013

Mengatasi Cyst dan Fibroid dengan Vitamin Shaklee



Cyst adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Puncanya belum dikenalpasti namun cyst berkaitan dengan hormon dan mungkin juga faktor pemakanan. Di bawah adalah jenis2 cyst dan fibroid dari blog Dr Hamid Arshad untuk saya kongsikan dengan pembaca semua.
Credit: Dr Hamid Arshad

Serous Cystadenoma of ovary - kandungan nya air - cyst ini besar , macam hamil 9 bulan.

Banyaknya air dalam karung cyst



Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll

1. Follicular cyst . mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.









2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.



4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.






5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.



6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah




Sila lihat video ini

Lecithin Bukan Sekadar Pemecah Lemak


 
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 




Credit: norhanita
1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.
- Ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, stroke,penyakit berkaitan hati, arteri yg mengeras. 

2. Membantu menurunkan berat badan.Ia bertindak mengemulsikan lemak (ianya memecahkan lemak). Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. 

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendirimelindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana iamenggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalammencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan .. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Banyak manfaat lecithin ni. Amalkan dengan konsisten anda akan rasa kehebatan lecithin. Mana nak dapat? Contact saya, pm,sms, whatsapp 019-7775895

Credit: norhanita