Wednesday 3 July 2013

Psoriasis dan rawatan


FAKTOR PSORIASIS

Sistem imun

Dalam sistem imun seseorang yang normal, sel-sel darah putih dalam badan menghasilkan antibodi yang digunakan untuk melawan kuman-kuman seperti bakteria dan virus.
Selain itu, sel-sel darah putih juga menghasilkan bahan-bahan kimia sitokines yang dapat membantu badan kita melawan kuman-kuman tadi serta terlibat dalam proses pemulihan tisu.
Namun demikian, dalam badan seseorang yang menghidap psoriasis, sel-sel darah putihnya menghasilkan antibodi-antibodi serta sitokines yang merosakkan kulit dan sendinya sendiri.
Penyakit sebegini digelar penyakit autoimun dan terdapat banyak lagi penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, eritematosus lupus sistemik atau lebih popular dengan singkatannya, SLE.

Antara sitokines yang kerap dijumpai pada kulit serta sendi seseorang yang ada psoriasis termasuklah Interleukin 2, interferon gamma, TNF-alpha dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa sitokines berkenaan terlibat dalam kerosakan tisu.
Ini bermakna, jika ada ubat yang boleh menunjukkan kesan yang berlawanan dengan sitokines tadi, kemungkinan besar kerosakan tisu bukan sahaja dapat diberhentikan, bahkan juga dihindari.

Antara rawatan yang mana kajian telah menunjukkan keberkesanannya adalah agen-agen anti-TNF alpha iaitu agen yang berlawan dengan kesan TNF-alpha seperti etanercept dan infliximab.
Etanercept telah pun diluluskan di sesetengah negara untuk digunakan dalam merawat psoriasis manakala Infliximab pula digunakan dalam kes-kes psoriasis yang melibatkan sendi dan sedang dalam kajian untuk rawatan psoriasis kulit.
Kajian turut dijalankan untuk sitokines-sitokines lain.
Faktor genetik
Para penyelidik mendapati, terdapat sekurang-kurangnya empat gen yang terlibat dalam kejadian psoriasis. Gen-gen ini mengawal atur sistem antigen sel darah putih manusia (Human leucocyte antigen-HLA).
Sistem HLA ini digunakan agar bendasing dalam darah kita dapat dimusnahkan melalui sistem imun tetapi dalam pesakit psoriasis, sistem HLA ini didapati tidak berfungsi secara betul.
Pesakit yang mempunyai psoriasis didapati mempunyai HLA-B27, HLA-Cw6, HLA-DR7 dan sebagainya. Namun demikian, hanya 10 peratus individu yang mempunyai gen-gen ini, yang akan mendapat psoriasis.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini bertambah teruk. Antaranya:
2. Cuaca; cuaca yang sejuk atau kering mudah menyebabkan psoriasis tercetus manakala cuaca yang panas dan lembap menyebabkan simptom pesakit menjadi lebih baik.
3. Tekanan/stres, kemarahan yang dipendam, depresi/kemurungan serta kebimbangan/gemuruh juga boleh menyebabkan psoriasis memarak.
4. Jangkitan kuman; Psoriasis boleh menjadi meluap- luap disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus. Antara kuman-kuman yang boleh menyebabkan flare-up ini adalah seperti kuman bakteria Streptokokus dan human-immunodeficincy virus (HIV).
5. Kecederaan kepada kulit; Kecederaan yang sedikit pun boleh mencetuskan flare-up psoriasis. Pemerhatian ini mungkin dapat menjelaskan kenapa psoriasis selalu melibatkan bahagian siku dan lutut.
6. Ubat-ubat berikut mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk atau menyebabkan flare-up; Chloroquine – perencat ACE seperti captopril – penghalang beta seperti atenolol – Progesterone – Lithium – Indomethacin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2XzzHEw00 


Berdasarkan artikel Dr Zulkarnain A. Hamid di atas, saya mencadangkan Nutriferon Shaklee suplemen yang paling tepat untuk mengatasi psoriasis. Nutriferon adalah interferon semulajadi, satu formulasi ekslusif yang telah dipatenkan yang mampu 1) membunuh T-cells, B-cells dan makrofag, 2) melindungi daripada virus, mkrob, alergi,  inflamasi 3) meringankan stress,4) mengurangkan infeksi memandangkan psoriasis berkaitan dengan keempat2 simptom dan faktor ini.

Anda bolem pm saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan harga suplemen yang murah.

3 comments: